JellyPages.com

Pages

SITI NORASMIDAR SYAZWANIE

Sunday, February 16, 2014

JODOH ITU MILIK KITA.....

Semalam saya jumpa novel nie... orang cakap novel nie dah masuk tv kat astro right?? hri nk tgok.. tapi x tgok2 pon ... so baca novel nie sambil2 tgok cerita jodoh itu milik kita kat tonton.com umm sbb hri tu x smpat tgok... hahah sian kat aku.. benda dah lama bru nk usha-2 sian kan hahha... nie ada serba sedikit sinopsis novel jodoh itu milik kita.. :


"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali..."

SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih sayang yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq. 

"Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!" - Dahlia

"Okeylah, okeylah, Just kidding, Dahlia Darius bukan isteri yang baru saya beli. She's a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan oleh Allah untuk saya. Puas hati?" - Aariz Danial.

"Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagiaan yang bernama Dahlia itu... akan aku rampas sekejam mungkin!" - Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci... iaitu abangnya sendiri?

No comments:

Post a Comment